KUALA LUMPUR: Usaha meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah bermula dari pendidikan awal kanak-kanak wajar disertai oleh semua sekolah di seluruh negara
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program seperti Bicara Cilik Rasuah Busters Anjuran Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Jerantut dengan Kerjasama Rasuah Busters, disifatkan boleh melahirkan masyarakat yang bencikan amalan rasuah melalui sistem pendidikan.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada 28 buah sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang telah mengambil bahagian dalam Bicara Cilik Rasuah Busters.
"Usaha ini harus menjadi contoh kepada semua sekolah lain agar turut sama mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah mulai pendidikan awal kanak-kanak lagi.
"Bertepatan dengan slogan 'anak baik lagi cerdik', penerapan nilai dan sahsiah perlu diutamakan agar mereka menjadi insan yg bermoral, berdisiplin dan berilmu.
"Hal ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan bagi memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dalam mewujudkan insan yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan," katanya dalam rakaman video ketika berucap merasmikan program Bicara Cilik Rasuah Busters pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan, budaya rasuah sebagai bencana besar yang boleh memiskinkan dan memporak-perandakan negara, jika ia tidak dihapuskan dari sekarang.
"Jadi usaha ini adalah satu usaha yang baik bagaimana kita mulakan satu program, di mana kita menanam nilai moral dan karakter bangsa supaya kita boleh menolak budaya ini (rasuah).
"Semua agama mengharamkan rasuah. Jadi, adalah tanggungjawa kita (sebagai) guru-guru, ibu bapa, pelajar, dan sesiapa sahaja untuk menolak rasuah.
"Saya kira (Bicara Cilik Rasuah Busters) sebuah permulaan yang baik, di mana untuk kita menolak rasuah itu dari awal kehidupan supaya, dan bila kita dewasa, kita tak boleh terima budaya rasuah," ujarnya.
Hussamuddin menambah, beliau yakin jika budaya rasuah dapat diperangi, rakyat dan negara akan menikmati lebih banyak manfaat termasuk penyediaan peluang pekerjaan.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 24 2023
Fadhlina berkata, program seperti Bicara Cilik Rasuah Busters disifatkan berupaya melahirkan masyarakat yang bencikan amalan rasuah melalui pendidikan. - Gambar fail
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.